RAHSIA ROYALTI PENULIS NOVEL @ NOVELIST DIBONGKARKAN!

Mesti ramai nak tahukan berapa royalti seorang penulis novel / penulis buku? Apa yang bakal Iffa kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman Iffa sendiri sebagai penulis sejak tahun 2010. Tapi sebelum tu Iffa nak tunjuk semua karya IFFA ZALIA yang sudah pun diterbitkan dan kini berada di pasaran.
Sebelum tu nak perkenalkan diri dulu. Hai nama pena yang Iffa guna adalah IFFA ZALIA. Boleh google muka Iffa kalau tak kenal. Kah! Macam glamour sangat pulak ye.. Puii..
Iffa mula menulis secara serius sejak tahun 2007 iaitu lepas SPM. Novel pertama terbit pada tahun 2010.


Okey, ini muka depan novel Iffa yang pertama. Tajuknya DENGAR KATA HATI dan telah diterbitkan oleh ALAF 21. Dalam entri akan datang Iffa akan kongsikan sinopsis dan kisah suka duka disebalik proses menyiapkan setiap karya-karya Iffa. Menanrik tau! Ada yang kena reject tapi akhirnya berjaya juga diterbitkan.



Ini pula muka depan novel kedua Iffa yang telah pun diterbitkan pada tahun 2011. Tajuknya BIAR JADI KAKTUS. Alhamdulillah sewaktu entri ini ditulis, novel Iffa yang kedua ini sedang dalam proses adaptasi ke kaca TV RTM. Tak sangka perjuangan karya BJK ini mendapat perhatian umum. Best sangat ke? Kenalah baca. Kah!


Next, muka depan novel yang ketiga ini pula menggunakan sepasang model. Tajuknya ATIN, JOM KAHWIN! Wah, tak sangka cetakan pertama novel ini sebanyak 10,000 naskhah telah habis dijual dalam masa sebulan sahaja. Ish..ish..ish... sungguh diluar jangkaan! Novel ini diterbitkan pada tahun 2012. 


Nampak tak ada cop 'Novel  ke4' . Okey novel ke4 Iffa ni tajuknya HEROKU ANAK EMAK. Diterbitkan pada tahun 2016. Pada tahun ini dunia penulisan agak suram sehingga penerbit tidak berani untuk mengambil risiko untuk mencetak dengan kuantiti yang banyak seperti sebelum ini. Jadi cetakan pertama novel ini adalah 5,000 naskhah sahaja.



Haaa..... comel tak muka depan buku ni? Pinkish giccew. Tajuk buku ni adalah ADILA BIJAK MATEMATIK. Ini bukan novel tau! Sebaliknya ini adalah buku cerita bergambar untuk kanak-kanak. Sangat sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur sekitar 5 hingga 9 tahun. Ianya diterbitkan pada tahun 2012 iaitu tahun yang sama dengan terbitnya novel Atin, Jom Kahwin!



Okey, kalau nak tahu buku ini adalah bersiri. Cuba tengok cop pada bahagian atas sebelah kiri. Ada tulis 'SIRI ADILA BIJAK'. So, muka depan warna biru ni tajuknya adalah ADILA BIJAK SAINS. Diterbitkan pada tahun 2016 iaitu tahun yang sama terbitnya novel Heroku, Anak Emak.

Setakat ini, itulah 6 buah karya Iffa Zalia yang telah pun diterbitkan. Berbalik pada topik asal kita iaitu ROYALTI. Jeng....jeng...jeng....

...............................................................................................

Sebelum tu nak tanya. Adakah darling yang sedang membaca artikel ini berminat untuk menjadi seorang penulis? Kerjaya ini boleh dilakukan secara full-time atau part-time. Bestkan darling?
Jika darling minat menulis maka Iffa sarankan teruskanlah minat tu. Sebab hobi menulis ni boleh menjana pendapatan!

Baiklah, meh Iffa cerita sikit tentang royalti ni. 
DEFINISI ROYALTI : Royalti adalah bayaran yang diberikan atas penggunaan idea, properti, hak cipta dan hak paten. 
Selalunya royalti dibayar secara berkala mengikut jumlah unit yang telah terjual. 
Okey, sebagai contoh organisasi Grup Buku Karangkraf. Mereka bayar royalti setahun 4 kali. So gaji kami sebagai penulis ni bukanlah setiap bulan.
Tapi....berapa jumlahnya? Hehe... nak tahu ke?

Sebenarnya royalti setiap penulis ni berbeza-beza. Ada 3 hipotesis yang Iffa nak bagi :
1. Semakin banyak karya / buku yang berada di pasaran, maka semakin banyaklah royalti penulis tersebut.
2. Semakin aktif si penulis melakukan promosi, maka semakin banyak unit terjual juga semakin banyak royalti yang diperoleh.
3. Semakin banyak jumlah cetakan buku tersebut, maka semakin tinggi peluang untuk mendapatkan royalti yang banyak.

Okey, sekarang Iffa nak kongsikan cara pengiraan royalti. Setiap organisasi bayar mengikut % yang berbeza.

Tapi Grup Buku Karangkraf akan bayar 10% daripada nilai harga buku.

Sebagai contoh harga buku HEROKU, ANAK EMAK di bawah ni adalah RM26. 



Jadi royalti untuk sebuah buku ni adalah RM2.60. Tak banyak pun... Sikit jurr... Kah! Tapi cuba kira berapakah jumlah royalti tersebut sekiranya novel tersebut dicetak sebanyak 10,000 unit untuk cetakan pertama?
Haa..... RM 26,000 kan? Itu kalau cetakan pertama. Macamana kalau ada cetakan seterusnya? Cetakan 2, 3, 4 ............? Wow. Best ke best?

So, sekarang dapatlah darling2 semua bayangkan berapa royalti penulis ni kan? Nak jadi kaya raya jutawan sangat tu tak adalah, tapi masyukkkk la jugak!

Macam Iffa, hasil dari duit royalti tu dapatlah Iffa beli 2 biji rumah dan sebuah kereta (Kereta murah2 jurr) Kah!

Apapun syukur alhamdulillah.. Iffa percaya tentang 1 perkara ,

"TAKKAN MISKIN ORANG YANG MEMPUNYAI BAKAT SELAGI DIA TERUS RAJIN DAN KONSISTEN DALAM USAHANYA"

Sekian untuk entri kali ini. Jumpa lagi. Jangan lupa follow blog ini untuk dapatkan maklumat yang seterusnya. Bye!


Comments

  1. Replies
    1. Sama sama. Semoga bermanfaat untuk awak dan yang lain. 😊😊

      Delete
  2. Terima kasih diatas perkongsian yang sangat memberi inspirasi..

    ReplyDelete
  3. Masya-Allah. Dah lama saya tercari perkongsian macam ni. Tapi kenapa sebelum ni tak jumpa pun. Disebabkan susah nak jumpa maklumat macam inilah sampai saya fikir para penulis mungkin ada kontrak kena rahsiakan kaedah royalti dan setiap keuntungan yang diorang perolehlah tapi sis Iffa jazakallahu khairan katsira sangat sis sebab sudi kongsi maklumat2 ni.

    ReplyDelete
  4. saya masih berumur 17 tahun tapi berminat nak jadi penulis novel...sekarang masih cuba update sikit sikit dekat app wattpad.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 DOA PENTING UNTUK DAPAT ANAK YANG BAIK, BIJAK & DENGAR KATA

4 PERINGKAT PERFUME YANG WAJIB AWAK KETAHUI!