7 DOA PENTING UNTUK DAPAT ANAK YANG BAIK, BIJAK & DENGAR KATA
Darling yang sedang membaca artikel saya saat ini pasti mahukan anak yang baik, bijak dan mendengar kata kan? Iyalah, siapa yang tak nak anak macam tu kan? Adakalanya kita rasa buntu. Kenapa makin dimarah, makin keras kepala anak aku ni! Kenapa anak orang lain boleh jadi bijak pandai dan elok tingkahlaku?
Jadi jangan salahkan orang lain pula jika anak kita tidak seperti yang kita mahukan. Teruskanlah mendidik dan mencorakkan anak2 kita menjadi manusia yang berguna. Segalanya adalah tidak mustahil.
Sebab...Korang pernah tengok anak petani jadi doktor?Korang pernah tengok anak pemandu lori jadi usahawan berjaya?Korang pernah tengok anak tukang kebun jadi pensyarah?
Jangan jadikan diri kita sebagai kekangan untuk dapatkan anak yang berjaya. Sebagai ibu bapa, apa yang paling penting adalah doa yang dikirimkan buat si anak. Tadahlah tangan dan pohonlah dengan sepenuh hati. InshaaAllah, DIA mendengar!
Berikut adalah 7 DOA YANG PERLU DIBACA OLEH IBU BAPA untuk mendapatkan anak yang baik, bijak dan mendengar kata. Baca dan amalkanlah. Selamat mencuba.
Iffa dah amalkan dan alhamdulillah ianya berkesan. Anak jadi dengar cakap walaupun adakalanya tantrum juga. Hahaha.. Biasalah tu...
Ini antara ayat favourite Iffa. Ayat ini juga dikatakan untuk murah rezeki. Iffa suka baca kat ubun-ubun anak waktu mereka tidur.
Bagus dibaca sewaktu memasak. Selalunya waktu buat makanan anak Iffa memang suka berdoa. Ya ALLAH, jadikan makanan yang aku masak ini menyihatkan tubuh badan, menjadikan minda cerdas, tubuh yang cergas. Aamiin..
Rasanya semua anak ada kerenah atau pe'el yang tersendiri. Namun ada yang merasakan anak mereka 'terlebih' lasak atau nakal. Bolehlah baca doa ni. Tapi sebenarnya faktor pemakanan juga mempengaruhi tahap kelasakan anak. So jaga-jaga!
Sejuk rasa perut yang mengandungkan anak jika lihat anak jaga solat 5 waktu kan? Cubalah amalkan doa atas ni.
Taat pada perintah ALLAH adalah satu perkara yang perlu disemai sejak kecil. Kalau dah besar tu bukan tak boleh tapi susah sikit. Kita sendiri orang tua ni pun kadang-kadang kurang taat contohnya solat di hujung waktu. Adushhh.. (Tepuk dahi sendiri)
Sekali suruh sahaja, anak dah ikut perintah. Wah, tu memang hebat! Pernah tengok tak budak macam ni? Teringin nak anak macam tu? Bacalah doa ke-6 ni..
Rahmat dan keberkatan adalah perkara yang kita dambakan dari ALLAH swt. Betul tak? Apa tidaknya.. Contohnya keberkatan. Adakalanya kita rasa gaji kita kecil dari orang lain tapu cukup serba-serbi. Itu namanya keberkatan dalam hidup.
Macamana? Dah baca satu persatu doa ni? Ada yang pernah dengar/baca tak? Mesti ada kan...
Okey, jumpa lagi di entri akan datang. Semoga artikel ini bermanfaat. Bye!
Okey, jumpa lagi di entri akan datang. Semoga artikel ini bermanfaat. Bye!
Salam.. Sy pohon share doanya ye... Semoga Allah merahmati kalian... Aamiin
ReplyDelete