Mawar Dewi Remaja Kahwin dengan Raf Yaakob (Adik Fazley Yaakob)
Minggu lepas kita rakyat Malaysia dikhabarkan dengan perkahwinan Mawar dan Raf. Mawar telah bersetuju untuk berkahwin dengan Raf yang merupakan duda anak dua. Best juga tu kan. Buy 1 Free 2. Sepasang pulak tu. Comel2 belaka anak Raf. Untuk pengetahuan, Raf merupakan adik kepada Fazley Yaakop. Manakala Mawar namanya mula dikenali setelah menyertai Dewi Remaja.
Tingginya kek perkahwinan Mawar dan Raf
Mawar yang cantik pada hari perkahwinan
Unik baju kahwin Raf kan?
Gambar sebelah kiri adalah bekas isteri Raf bersama dengan dua orang anak mereka
Malangnya pada hari persandingan Mawar dan Raf, kedua2 kanak comel itu tidak dapat hadir. Bekas isteri Raf mendakwa bahawa mereka kurang sihat. Apapun syukur, majlis perkahwinan Mawar dan Raf berjalan dengan lancar. Siap ada tarian istimewa dari Mawar buat Raf lagi tau!
Walau dikecam oleh netizen disebabkan oleh tarian Mawar, namun Mawar dengan berani tampil menyuarakan hak. Kata Mawar dia mahu meraikan hari bahagianya dengan suami.
Tak kisahlah apa mereka nak buat asalkan mereka bahagia. Betul tak? Hehehe
Iffa doakan semoga pasangan merpati dua sejoli Mawar dan Raf ini akan kekal hingga ke syurga.
Comments
Post a Comment